Tips Menanam Tembikai Dalam Bekas

Siapa yang tidak gemarkan tembikai? Bukan sahaja menyelerakan untuk dinikmati ketika cuaca panas, ia juga merupakan pilihan untuk pengambilan air bagi tubuh anda, yang paling mudah, menarik dan lazat!

Dan sekarang, Baba akan memberikan anda tips dan panduan untuk menanamnya sendiri di kediaman anda!

Selamat mencuba!

Anda memerlukan :

  • Benih
  • Tanah
  • Sokongan
  • Pasu
  • Air
  • Baja

Persediaan Sokongan

Dirikan sokongan. Semakin panjang ia menjalar, semakin banyak buah yang boleh dihasilkannya.

Tanda-tanda tembikai sedia dituai

Tembikai boleh mula dikutip apabila sulurnya menggulung dan bertukar warna kepada kekuningan. Berhenti mengairinya apabila ia mencapai tahap ini untuk meningkatkan kemanisannya.

Semasa buah tembikai berkembang

Apabila tembikai telah sebesar penumbuk, taburkan serbuk kulit telur/kulit udang/kulit ketam bagi meningkatkan kepadatan dan kemanisannya. Ia juga boleh mengurangkan rekahan.

Kawalan Serangga

Gunakan Mr. Ganick Neem Cake pada tanah sebelum memulakan penanaman dan apabila bunganya mula mengembang bagi mengukuhkan pokok sambil menghindari serangga. Semburkan Mr. Ganick Dr. Neem seminggu sekali bagi hasil yang sempurna..

Sale!
RM24.90

Jika daun menjadi kekuningan

Apabila dedaunnya menguning, semburkan soda penaik kepada dedaunnya pada kadar: 5g soda penaik bagi setiap 1 liter air.

Jika tembikai tumbuh sampai sentuh lantai

Apabila tembikai tersebut membesar dan mula menyentuh lantai, Alaskan dengan kain bagi mengawal haba dari lantai atau air dari tanah.

Penyelesain untuk perkebunan balkoni

RM14.50
RM19.90
RM37.90
New